Tarikh indah 20.02.2020 bukan sahaja menjadi pilihan aktres cantik, Emma Maembong dan pasangan untuk mendirikan rumah tangga, malah turut menyaksikan pasangan pelakon sama cantik sama padan, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson disatukan sebagai suami isteri.
Pasangan yang dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Zainol MacWilson itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Foyer GlamHall Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya pada jam 9 malam, hari yang sama.
Pada majlis pernikahan bertemakan Rustic itu, Zahirah, 25, menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta lima dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki dan berbalas tujuh kepada Aiman, 31.
Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu daripada kalangan keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media itu menyaksikan pasangan pengantin mengenakan persalinan indah rekaan pereka fesyen, Teh Firdaus dan solekan oleh Bosco Ryzal.
Zahirah dan Aiman mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menyulam cinta.
Pasangan itu akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Glam Hall Damansara, Petaling Jaya pada Jumaat.
Terdahulu, pasangan itu mengadakan majlis malam berinai eksklusif bertemakan Bollywood di Quill Convention Hall, Quill City Mall yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja.
Pada majlis tersebut, Zahirah kelihatan anggun mengenakan busana tradisi Lenhenga berwarna merah rekaan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini. Pelakon yang pernah membintangi drama Jangan Benci Cintaku itu juga tampak cantik ditatarias oleh jurusolek Nurul MF, manakala gaya rambut oleh Mei Choi.
Jom saksikan detik indah majlis pernikahan dan kemeriahan majlis malam berinai pasangan pengantin baharu itu.
Dekorasi dewan perkahwinan
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Majlis pernikahan
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Malam berinai
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Kredit foto: Instagram Double A Studio, Instagram GlamHall Damansara dan Instagram CST Production