Categories: FeaturedTrending

Foto Menyayat Hati Pemuda Palestin Solat Ketika Serangan Israel Sentuh Hati Ramai

Seluruh dunia kini tertumpu kepada serangan Israel ke atas penduduk Palestin di Masjid Al Aqsa dan kawasan kejiranan  Sheikh Jarrah  Baitul Maqdis  telah mengakibatkan ramai mangsa tercedera.

Beberapa foto mulai tular di laman sosial menunjukkan kesengsaraaan warga Palestin yang bertarung nyawa setiap hari.

Sebuah foto tular menunjukkan seorang pemuda Palestin khusyuk menunaikan solat meskipun berdepan dengan serangan di kiri dan kanan beliau.

Foto tersebut ternyata mengundang perasaan sayu di kalangan ramai orang.

Hari demi hari bermacam cara yang dilakukan oleh Zionis bagi mencapai impian mereka merebut tanah penduduk di Palestin dan kini mereka semakin mengganas dengan melakukan pembunuhan yang lebih kejam.

Sehingga semalam, puluhan rakyat Palestin termasuk kanak-kanak dilaporkan cedera selepas tentera rejim Israel lancar serangan besar-besaran di Masjid Al-Aqsa malam tadi ketika jemaah menunaikan solat tarawih.

Semoga Allah melindungi tanah Palestin dan penduduknya. Jom sama sama kita doakan saudara seislam kita di Palestin di bulan yang mulia ini.

Kredit twitter : Ad-Dien, Wan Emir Astar

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”