Categories: Trending

Gangguan Bekalan Air Selangor Pulih Sepenuhnya Hari Ini

Gangguan bekalan air tidak berjadual pulih sepenuhnya pagi ini.

Selepas gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku sejak 3 September lalu yang melibatkan 7 wilayah iaitu Klang / Shah Alam, Petaling, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak dan Kuala Lumpur.

“Air Selangor merakamkan penghargaan terima kasih di atas kesabaran pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Semua pengguna juga diingatkan supaya menggunakan air secara berhemat,” katanya dalam satu kenyataan jam 7 pagi ini.

 Elina Baseri, Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

Pengguna diminta memuat turun aplikasi

Tambahnya lagi, pihak Air Selangor menyarankan pengguna agar memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor menerusi aplikasi yang disediakan untuk mengetahui maklumat terkini berkenaan bekalan air di kawasan mereka.

Atau, pengguna juga boleh merujuk laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan instagram. Untuk sebarang pertanyaan dan dan bantuan pengguna bolehlah layari www.airselangor.com.

Salma Syahbuddin