Categories: Trending

“Gelak Sampai Terjatuh Kerusi” – Reaksi Cik B First Time Tengok Lakonan Sendiri Buat Ramai Terhibur

Walaupun baru sahaja ditayangkan, nampaknya drama Lingkungan Cinta kian mendapat tempat di hati para penonton. 

Drama yang dibintangi oleh Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Cik B dan ramai lagi, kini menemui penonton pada jam 9 malam di TV3, menggantikan drama Kampung People 2.

Tetapi, apa yang lebih mencuit hati netizen adalah reaksi Cik B sewaktu melihat drama lakonanannya sendiri di kaca televisyen.

“Terhibur Tengok Reaksi Cik B Gelak Tersipu Malu” – Netizen

Dalam satu tweet yang dimuat naik menunjukkan sebuah video spontan yang merakamkan reaksi Cik B sewaktu melihat dirinya di kaca televisyen. 

Cik B dilihat tersipu malu sambil menjerit sehingga terjatuh dari kerusi ketika diusik oleh ibunya, Dato Vida. 

Rata – rata netizen terhibur dengan reaksi spontan Cik B sehingga ada yang memuji karakter Cik B yang bukan sahaja pandai berjenaka tetapi  juga berbakat dalam lakonan.

Buat korang yang terlepas episod pertama, jom layan video kat bawah:

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”