Categories: Trending

GEMPAR! Mayat Bayi Ditemui Dalam Lokar Lepas Lima Tahun

Polis menahan seorang wanita berusia 49 tahun yang didakwa membuang bayinya yang meninggal dunia ketika dilahirkan di dalam lokar syiling dan menyimpannya selama lima tahun.

Menurut jurucakap Polis Tokyo, suspek tinggalkan mayat bayi sejak beberapa tahun lalu di dalam lokar berhampiran Stesen Uguisudani.

Wanita penganggur itu dilaporkan menyerah diri kepada polis selepas diusir dari rumah yang didiaminya.

“Saya panik kerana melahirkan bayi yang telah meninggal dunia dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” lapor Kyodo News memetik kenyataan penyiasat.

Difahamkan, dia turut meninggalkan kunci lokar tersebut dan berharap ia akan ditemui orang lain. – Agensi

SGMS Faida