Trending By: SGMS Enal November 27, 2017 @ 12:53pm

Gunung Berapi Agung Muntahkan Asap, Ramai Terperangkap Di Bali

“Situasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai sesak dengan orang ramai. Ada yang beratur dari malam semalam (kelmarin) sampai tengah hari pun belum dapat giliran,” jelas Mohd Hanifiah Yusof, rakyat Malaysia yang terkandas di Bali, Indonesia berikutan kejadian letusan Gunung Berapi Agung

Jelas Mohd Hanifiah, dia bersama isteri Siti Noraisyah Hassan, 35, sepatutnya dijadualkan berangkat pulang ke tanah air semalam setelah empat hari menghabiskan percutian di Bali.

“Disebabkan keadaan sesak dan kelam-kabut, kami malas beratur menunggu giliran dan sepakat mencari jalan mudah untuk ke Surabaya dengan menaiki kereta sewa dan feri yang mengambil masa perjalanan hampir 14 jam.

“Walaupun terpaksa membeli tiket baru dari Surabaya ke Kuala Lumpur, apa yang penting kami dapat balik cepat ke Malaysia,” katanya 

Sementara itu, menurut Noryatimah Shahrom, 39,  dia bersama suaminya, Ahmad Azmin Shah Mat Ramli, 49, dan bayi mereka, Anis Aisyah Zahirah berusia setahun 10 bulan tiba di Bali pada malam Sabtu lalu atas urusan perniagaan.

“Tiada siapa yang dapat tidur lena selepas mendapat tahu ada gunung di pulau ini sedang meletus. Walaupun kedudukan Gunung Agung jauh dari lokasi penginapan kami di Denpasar, bimbang tetap ada, namun kami bertawakal semoga tiada perkara buruk berlaku ke atas kami sepanjang berada di sini,” katanya.Noryatimah berkata, tempat mereka sekeluarga menginap masih dilaporkan selamat kerana loaksi kejadian letusan gunung berapi terletak jauh kira-kira 65 kilometer yang mengambil masa perjalanan darat selama sejam 40 minit.

“Alhamdulillah keadaan di sini baik-baik saja dan banyak kedai beroperasi seperti biasa. Di mana-mana tempat sama ada pihak berkuasa, komuniti, pengurusan hotel serta Bulan Sabit Merah Indonesia giat menjalankan usaha menyebarkan maklumat serta kempen supaya kita tidak panik dengan menekankan langkah keselamatan sekiranya sesuatu berlaku.

“Namun, setakat ini kami masih lagi menanti perkembangan maklumat daripada pihak AirAsia sama ada jadual penerbangan balik kami esok (hari ini) diteruskan mahupun ditunda,” ujarnya.

Sumber- Harian Metro

 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 17 Sep 2018

研究证实:男人出门前亲吻另一半,能赚更多钱、活更久

从今天起,请告诉你的另一半:我们来亲吻吧!这可不只为了增进你们的感情,更是为了能赚大钱,以及换取健康长寿。

Featured Fri, 3 Sep 2021
Featured Fri, 2 Sep 2022

Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Punya cantik outfit Izara netizen senang-senang samakan dengan kertas minyak lah leather seat lah 🤣😅

Featured Mon, 12 Sep 2022
Trending Tue, 7 Apr 2020

COVID-19: 1 Kematian, 170 Kes Positif Hari Ini

80 pesakit covid-19 dibenarkan keluar wad hari ini.

Events Wed, 8 Feb 2023

Bersedia Jadi Suami, Aiman Tino Bakal Bernikah Selewatnya April Tahun Ini

Tahniah Aiman & Syarah! Semoga dipermudah urusan 😍

| Live TV