Categories: Trending

Haqiem Rusli Umum Kahwin Di IG Live, Bakal Bernikah Hujung Tahun Ini

Penyanyi terkenal, Haqiem Rusli bakal menamatkan zaman bujang hujung tahun ini.

Haqiem berkongsi berita gembira mengenai perkahwinannya itu sekitar jam 2 pagi tadi semasa melakukan sesi live di laman Instagram miliknya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tergantung Sepi ini berkongsi perkara baik terbabit dan enggan menyembunyikan ia daripada pengikut serta ahli kelab peminatnya, Qiemilio.

Menerusi laman sosial Twitter pula, Haqiem memberikan respons kepada ciapan peminat yang gembira dengan berita baik terbabit.

Tidak mendedahkan identiti gadis yang bakal menjadi suri hati hidupnya serta tarikh spesifik perkahwinannya, difahamkan Haqiem telah selesai menyertai kursus kahwin pada tahun lalu.

Padin