Categories: Trending

Harga Rokok Naik Hujung Bulan

Kali terakhir, syarikat pengeluar rokok menaikkan harga jualan runcit rokok pada November 2015 susulan kenaikan eksais rokok selain mengambil kira kesan GST serta tekanan kos inflasi,

Hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu harga rokok akan dinaikkan bermula akhir bulan ini.

Beliau berkata pada sidang media, ia berikutan kenaikan mana-mana cukai berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Kementerian Kesihatan sedang menyelaraskan kelulusan harga rokok terkini.

“Pelaksanaan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) baru-baru ini akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan.

“Atas sebab itu, di bawah Peraturan A harga perlu dinaikkan daripada harga yang terikat ketika ini,” katanya kepada Harian Metro. 

Berita lanjut, tonton Buletin Utama jam 8 malam ini di TV3. 

 

SGMS Faida