Categories: Trending

i-Citra KWSP : Cara Semak Status & Syarat Pengeluaran

Pengeluaran program iCitra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikreditkan kepada akaun bank ahli bermula hari ini. Namun ada segelintir pemohon yang telah menerima bayaran sejak semalam.

Pembayaran i-Citra ini juga dijangka dapat memanfaatkan seramai 4 juta ahli KWSP yang memohon.

Selain itu, permohonan i Citra membolehkan pemohon mengeluarkan maksimum sehingga RM5,000 di mana pembayaran dilakukan selama 5 bulan.

Syarat pengeluaran i-Citra

Syarat umum pengeluaran i-Citra adalah :

  • Baki di dalam akaun KWSP minimum sebanyak RM150
  • Pengeluaran paling minimum adalah RM50.
  • Pencarum perlu meninggalkan baki sebanyak RM100 selepas pengeluaran berjaya.

Semakan Status

Bagi pemohon yang ingin membuat semakan i-Citra boleh lah layari laman web yang tertera  icitra.kwsp.gov.my

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Mudahkan Urusan Pengeluaran i-Citra KWSP? Ini 3 Perkara Yang Korang Kena Tahu

ARTIKEL BERKAITAN : Bayaran i-Citra Dikreditkan Ke Akaun Pemohon Bermula 3 Ogos Ini – Tengku Zafrul

ARTIKEL BERKAITAN : Benarkan Pengeluaran i-Citra Secara Sekaligus Berbanding Secara Bersasar

Salma Syahbuddin