Categories: FeaturedTrending

Ibu Bapa Desak Sekolah Ditutup, 4 Murid SK Subang Jaya Sah Positif Covid-19

Selepas laporan mengenai empat murid didapati positif Covid-19 di
Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Jaya.
Satu petisyen telah dilakukan untuk menutup sesi persekolahan tersebut.

Petisyen tersebut mendesak agar sesi petang bagi murid Tahun 1 hingga 3 ditutup.

Difahamkan, sekolah hanya menutup tiga kelas meskipun terdapat kes aktif dilaporkan dan hanya mengarahkan murid terjejas serta 17 guru menjalani kuarantin di rumah.

Petisyen yang didaftarkan di change.org oleh Raja Nurul Huda Raja Halimul Rashid itu menggesa pejabat pendidikan daerah Petaling Perdana mengambil tindakan lebih serius kerana kurang setuju dengan penutupan hanya tiga kelas selain mengarahkan murid terjejas serta 17 guru menjalani kuarantin rumah.

Untuk rekod, kelas sesi petang bermula 1 Mac manakala sesi pagi untuk murid Tahun 4 hingga 6 bermula Isnin lalu.

Sumber: NST

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”