Categories: Trending

Ini Cara Mudah Semak Status Permohonan Bayaran BPN 2.0 Korang, Yang Tak Lulus Boleh Buat Rayuan Segera!

Berita baik buat semua pemohon BPN 2.0!

Bagi individu yang pernah membuat permohonan dan telah menerima bayaran sebelum ini, korang dinasihatkan tidak perlu membuat permohonan baharu. Manakala, individu yang belum pernah memohon, ini adalah peluang terbaik korang!

Jadi, jom semak status permohonan dan bayaran BPN 2.0 yang akan diterima.

Semakan status permohonan

Penerima yang layak boleh membuat semakan bermula 15 oktober 2020. Dan ikuti langkah-langkah mudah di bawah ini :

  1. Layari portal rasmi bpn.hasil.gov.my
  2. Masukkan nombor Mykad dan klik Cari

Sekiranya status permohonan berjaya ATAU lulus, jumlah bayaran BPN 1.0 yang diterima dan BPN 2.0 yang akan diterima akan dipaparkan.

Rayuan ATAU Permohonan Baharu

Bagi pemohon yang tidak berjaya, apa yang korang perlu lakukan adalah, buat permohonan baharu yang mula dibuka hari ini.

Mudah sahaja! Ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi bpn.hasil.gov.my
  2. Masukkan No Mykad dan klik CARI
  3. Butang Permohonan Baharu akan disediakan untuk anda membuat permohonan

Walau bagaimanapun, pembayaran BPN 2.0 kepada pemohon yang layak akan dilakukan secara ansuran sebanyak dua kali.

  • Bayaran Pertama : Hujung bulan Oktober 2020
  • Bayaraan Kedua : Januari 2021

Untuk maklumat lanjut dan info perkembangan terkini mengenai BPN 2.0, korang bolehlah saksikan di TV3 dan Youtube Buletin Utama.

ARTIKEL BERKAITAN : LHDN Gesa Permohonan Baru Bantuan Prihatin 2.0 Dibuat Secara Dalam Talian

Salma Syahbuddin