Categories: Trending

“Ini Penghargaan Buat Hero Kita”-Rizman Ruzaini Reka Baju PPE Buat Frontliners

Setiap hari, kita terpaksa berdepan dengan kes kematian COVID-19. Namun apa yang lebih menyayat hati apabila kita melihat foto para pejuang barisan hadapan yang sanggup berhempas pulas. mengeluarkan peluh keringat demi menyelamatkan nyawa insan bergelar manusia.

Keringat para pejuang barisan hadapan ini tidak harus kita pandang enteng . Ternyata, ramai pihak muncul menggalas tanggungjawab sosial dan menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan. Tidak ketinggalan memberikan bantuan adalah industri fesyen tanah air kita sendiri.

Selepas Jovian Mandagie tampil dengan gaun mewah PPE. Pereka fesyen terkemuka tanah air, Rizman Ruzaini turut mengambil langkah yang selari dengan membekalkan pakaian perlindungan diri (PPE) buat frontliners.

Malah, Rizman turut mengajak orang ramai yang mempunyai kepakaran menjahit untuk membantu menyiapkan pakaian PPE.

T

Dalam perkembangan berkaitan, jenama fesyen mewah ini turut aktif mengadakan jualan amal kemeja-T leher bulat bagi membantu golongan yang berkemampuan.

Dengan usaha murni ini, diharap para pejuang kita terus gigih berjuang di barisan hadapan. Suntikan semangat seperti inilah yang kita harus berikan buat mereka.

Meskipun, kita tidak mampu untuk berjuang bersama-sama di barisan hadapan namun kita mampu menghulurkan bantuan secara tidak langsung daripada belakang.

Syabas buat industri fesyen tanah air kita!

Kredit: Instagram Rizman Ruzaini

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”