Categories: Trending

Isu Fitnah Melampau Ustaz Ebit Lew, Polis Rakam Keterangan Nadir Al Nuri & Caprice

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan, pihaknya akan merakam keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Caprice a secara dalam talian dalam masa yang terdekat.

Namun, masih meneliti tarikh yang sesuai memandangkan kedua-dua pihak berada di Gaza.

“Tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil…”

Menurutnya, rakaman percakapan itu dibuat susulan laporan pendakwah terkenal, Ebit Lew (UEL) yang mendakwa telah difitnah oleh beberapa individu menerusi media sosial berhubung misi kemanusiaan beliau di Semenanjung Gaza, Palestin pada Mac lalu.

“Kami giat berhubung dengan dua individu berkenaan untuk mencari tarikh sesuai dan ambil keterangan mereka secara dalam talian.

“Tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membabitkan kenyataan di media sosial,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, kontroversi timbul apabila penyanyi Caprice dan Nadir Al Nuri mempersoalkan tindakan UEL ketika di Gaza sewaktu menjalankan Misi Bantuan Kemanusian di negara terbabit,

ARTIKEL BERKAITAN : Ebit Lew Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Fitnah Melampau Caprice & Nadir Al Nuri

ARTIKEL BERKAITAN : “Isteri Dan Anak Saya Menangis..” – Bakal Buat Live, Ebit Lew Akan Jelas Segala Tuduhan Yang Dilontarkan

ARTIKEL BERKAITAN : Ebit Lew Akhirnya Berjaya Masuk Ke Gaza – “Syukur! Kami Team Pertama Dunia Dibenar Masuk Melalui Pintu Rafah

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin