Categories: Trending

Isu Hina Sultan Johor, Polis Selangor Sahkan Ambil Alih Siasatan Kes Ibu Neelofa

Beberapa hari lepas, tular di laman sosial kononnya ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed, menghina Sultan Johor menerusi muat naik di laman instastory miliknya pada 30 Mei lalu.

Namun, difahamkan kes tersebut telahpun diambil alih oleh Polis Selangor untuk siasatan lanjut.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi, beliau turut mengesahkan status mengenai perkara tersebut.

“Hantaran tersebut berbaur penghinaan…”

Menurutnya, hantaran tersebut berbaur penghinaan terhadap Sultan Johor dan pihak polis Selangor akan menyiasat kes tersebut secara rapi.

Sebelum ini, pihak polis Kuala Lumpur juga sudah memulakan siasatan awal berkaitan perkara berkenaan melalui laman Instagram milik Datin Noor Kartini.

Susulan itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, iaitu dengan segaja mengaibkan dengan niat untuk membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalhan-Kesalahan Kecil 1955.

ARTIKEL BERKAITAN : “Tersilap Memuat Naik Screen Shot” – Pengurus Media Sosial Ibu Neelofa Tampil Mohon Maaf

ARTIKEL BERKAITAN : Didakwa Pertikai Sistem Raja Berpelembagaan, Ibu Neelofa Buat Laporan Polis

 

 

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin