Categories: Trending

“It’s Far From Perfect, Tapi Lebih Baik Dari Apa Yang Dilakukan Di Pentas AJL35….” Datuk Syafinaz Komen Kualiti Vokal Nabila Razali

Belum habis lagi dengan isu vokal terkucil dan sebagainya, kecaman terhadap penyanyi Nabila Razali semakin rancak dibualkan netizen. Malah ada segelintir artis yang kelihatan memberikan komen mengenai isu terbabit.

 

Menurut penyanyi, guru vokal dan juga juri pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) Datuk Syafinaz Selamat, beliau sentiasa terbuka dan menyokong mana- mana penyanyi yang ingin memperbaiki nyanyian mereka.

 

Malah, beliau mengakui sebagai seorang guru vokal ramai artis baru dan juga artis popular menyatakan hasrat untuk belajar dengannya termasuklah Nabila Razali.

 

Syafinaz memaklumkan, Nabila menyatakan hasrat untuk memperbaiki nyanyian beliau pada Mei tahun lalu.

 

“Namun halangan kesihatannya, jadual kerja kami yg padat & situasi PKP menyebabkan proses pembelajarannya agak mencabar. Kelas intensif hanya dapat dilakukan sebaik PKP 2.0 berakhir.”

 

Perkara tersebut dimuat naik menerusi akaun instagram milik Datuk Syafinaz pada Khamis berserta video nyanyian Nabila Razali berdurasi 5 minit lebih.

 

 

Menurutnya, walaupun video tersebut bukanlah nyanyian terbaik Nabila dan post tersebut bukanlah untuk membela jauh sekali mencela berkenaan  isu ‘terkucil’ di pentas AJL35, namun sebagai seorang guru vokal, beliau melihat dari segi kualiti tonal dan perkembangan musicality Nabila.

 

” It’s far from perfect tapi lebih baik drpd apa yg dia lakukan di atas pentas AJL”

 

” saya pula melihat dari aspek kualiti tonal & perkembangan ‘musicality’-nya. Selain tekanan akibat dari ekspektasi, seorang penyanyi juga perlu ‘battle his/her inner demons’ apabila berada diatas pentas mega itu.”

 

Justeru itu, Datuk Syafinaz berharap agar netizen di luar sana tidak mematahkan semangat perjuangan beliau dan menganggap ini adalah proses pembelajaran buat pelantun lagu Peluang Kedua itu.

 

Salma Syahbuddin