Categories: FeaturedTrending

Korea Utara Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Malaysia

Korea Utara hari ini telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas seorang rakyatnya yang menetap di sini, bakal diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan pengubahan wang haram.

Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan agensi berita negara itu KCNA berkata, Malaysia telah melakukan ‘jenayah yang tidak boleh dimaafkan’, dan ‘menghantar rakyatnya yang tak bersalah ke AS dengan cara paksaan”.

“Tindakan Malaysia telah menghancurkan seluruh landasan hubungan dua hala berdasarkan penghormatan terhadap kedaulatan,” kata satu kenyataan yang ditulis di KCNA.

Hubungan erat Malaysia dengan Korea Utara semakin merosot setelah Kim Jong Nam – saudara kepada pemimpin Kim Jong-un – terbunuh di lapangan terbang Kuala Lumpur pada Februari 2017.

“Kami telah memberi amaran terlebih dahulu bahawa AS – manipulator di belakang pentas dan penyebab utama kejadian ini – juga harus membayar harganya,” lapor KCNA.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”