Categories: Trending

Kebenaran Rentas Negeri Sempena Aidilfitri Dibenarkan Dengan Syarat…

Mengakui soalan ini adalah antara soalan kegemaran para wartawan, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun memaklumkan, setiap keputusan kerajaan berkenaan perkara itu perlu dibawa kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Jawatankuasa Teknikal atau sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Ini kerana, kebenaran merentas negeri sempena Aidilfitri hanya boleh diputuskan dengan syarat selepas mendapat nasihat, pandangan serta penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

“Setiap keputusan kita buat adalah nasihat KKM selepas penilaian dilaksanakan. Namun perlu diingatkan seperti kita tahu rentas negeri penyumbang kluster penularan Covid-19. Terdapat 32 kluster berkaitan rentas negeri selepas Disember lalu kita benarkan aktiviti tersebut”

Perkara ini timbul selepas pelbagai kelonggaran diberikan oleh kerajaan termasuklah membenarkan aktiviti bazar ramadan dan aidilfitri beroperasi.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Bermula Esok Pergerakan Rentas Negeri Bakal Diperketatkan – PDRM

ARTIKEL BERKAITAN : Pakar Kesihatan Cadang Kekalkan Larangan Rentas Negeri Sehingga Mei

Tambahnya lagi, semua perlu berdoa semoga kes akan menurun dengan lebih cepat daripada yang dijangkakan.

 

Susulan peningkatan kes Covid-19, kerajaan pada Januari lalu melarang pergerakan rentas negeri di seluruh negara selari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di enam negeri yang mencatatkan rekod kes tinggi Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka dan Johor, pada 26 Januari lalu.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Kluster Baharu Kini Dikesan, Rentas Negeri Masih TIDAK Dibenarkan!

ARTIKEL BERKAITAN : Rentas Negeri Secara Berperingkat Bakal Dilaksanakan, Tiada Lagi PKP

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin