Categories: Trending

Akhirnya Terjawab Segala Persoalan, Noor Nabila & Engku Emran Selamat Diijabkabulkan

Sebelum ini timbul pelbagai spekulasi kononnya, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila dan Engku Emran sedang hangat menjalin hubungan cinta selepas kedua-duanya dilihat berkongsi minat berbasikal yang sama.

 

Malah, baru-baru ini juga Engku Emran kelihatannya berkongsi paparan wajah Nabila menerusi skrin radio keretanya dengan kapsyen “Choppy until you came along”.

 

 

Bagaimanapun,  Nabila kelihatan enggan mengulas lanjut mengenai perhubungan mereka sebelum ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Kononnya Dah Bertunang, Nabila Akhirnya Jawab Isu Jalin ‘Cinta’ Dengan Engku Emran

ARTIKEL BERKAITAN : Foto Terbaru Engku Emran Undang Spekulasi Hubungan Bersama Nabila?

ARTIKEL BERKAITAN : Nabila, Engku Emran Didakwa Bakal Nikah Esok?

 

Namun,  siapa sangka kedua-dua pasangan ini akhirnya selamat disatukan dengan berwakil walikan bapanya, Haji Mohd Noor kepada adik lelaki Nabila, iaitu Mohd Aqief Mohd Noor disebuah masjid yang dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat.

 

Dengan hanya sekali lafaz, Noor Nabila Mohd Noor, 36, sah bergelar isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46.

 

“Kami buat yang wajib, selain bersederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami tidak merancang mengadakan majlis lain selepas ini,”
” Kami tidak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenali Engku Emran sekitar Ogos, tahun lalu. Waktu itu, kami hanya berkawan.
” Kami mula rapat sekitar hujung tahun lalu. Malah, kami berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal,” katanya.

 

Terdahulu, perkara ini dikongsi menerusi muat naik Neelofa menerusi ig story miliknya.

 

 

Apapun tahniah Xtra ucapkan buat Noor Nabila dan Engku Emran!

Salma Syahbuddin