Trending By: Syamir Shafie October 31, 2023 @ 2:10pm

Jalani Pembedahan Akibat Jantung Berlubang, Anak Kak KM Kini Stabil

Usahawan jamu sensasi, Kak KM memaklumkan keadaan kesihatan anak ketiganya, Rania selepas menjalani pembedahan akibat jantung berlubang.

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkongsi berita itu menerusi sebuah video di laman TikTok miliknya semalam.

@lianaroslikakkmsyukur Alhamdulillah..terima kasih yang dah mendoakan rania💋💋💋♬ original sound – kakkm@sweetdara

Kak KM berkata, anaknya yang mesra disapa Baby Rania dalam keadaan stabil dan menunggu masa untuk dipindahkan ke wad.

“Alhamdulillah, doktor kata dia dah stabil, nanti doktor beritahu bila boleh naik ke wad,” ujarnya.

Kak KM yang juga merupakan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri dilihat menahan sebak atas apa yang berlaku.

Sebagai seorang ibu, sudah pasti dia tidak sanggup melihat anaknya sakit.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut menitiskan air mata kerana memahami perasaan Kak KM terhadap anaknya.

“Kenapa saya nak keluar air mata ni..tu lah bila anak sakit ni hati seorg ibu jadi lemah..moga Baby Rania cepat cepat sihat..”

“Sedih tengok. Saya tahu perasaan kak KM. Saya juga pernah go through same situation.”

“Memang bila anak sakit, hati kita sbg parents lebih sakit lagi rasa nak je kita ganti tempat anak tu,” komen netizen.

Ramai pengguna media sosial juga mendoakan kesembuhan anak kak KM.

@lianaroslikakkmsemoga lancar pembedahan anak mama 🤲♬ original sound – kakkm@sweetdara

Dedah Kak KM, Baby Rania yang kini berusia 13 tahun dipercayai telah menghidap jantung berlubang di mana kini saiz lubang itu semakin membesar.

Untuk rekod, perkara tersebut disedari Kak KM selepas menjalani proses pemeriksaan kesihatan bagi mendaftarkan insurans anaknya itu.

Menurut Kak KM, Rania pernah didiagnosis mempunyai masalah injap berlubang sejak dia lahir lagi.

Namun kini Rania yang sedang meningkat dewasa telah menunjukkan banyak simptom penyakit itu termasuklah masalah kesukaran bernafas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Aug 2022

“Menitik Air Mata Saya…” – Afdlin Shauki Dedah Punca Perceraian

Semoga dipermudahkan urusan buat mereka berdua dan keluarga.

Trending Mon, 13 Jun 2022

OMG Bestnya! Sekuel Squid Game Kegemaran Ramai Kembali Dengan Wajah Baru

Siapakah wajah terbaru Squid Game? Musim kedua bakal ditayangkan di Netflix.

Trending Mon, 9 Nov 2020
Trending Mon, 30 Dec 2019

Bangunan Perkeso Kota Bharu Diserang ‘Pengamuk’

Meminta untuk segera mengosongkan bangunan kerana ada serangan amukan

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Trending Tue, 17 Mar 2020
Oh Lawa Tue, 15 Oct 2019

Kecantikan pipi bergantung pada kesihatan perut, betul ke?

Kepercayaan tidak disokong pakar dermatologi

Hiburan Tue, 30 Jan 2024
Featured Tue, 19 Jul 2022

Berniqab Bukan ‘Penghalang’, Neelofa Syukur Ada Jenama Sudi Bekerjasama.. Terharu Ramai Lebih Terbuka

Wahhh, Alhamdulillah murah rezeki Lofa 🥰🤩 Tak dinafikan Lofa sering menampilkan fesyen dan gaya yang onz kann 🤩😍