Trending By: Padin October 18, 2020 @ 4:06pm

Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Rizalman Ibrahim Mahu Turun Padang

Pereka fesyen terkemuka, Datuk Rizalman Ibrahim, 49, yang kini menggalas tugas sebagai Ahli Lembaga Pengarah Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) mahu turun padang untuk peka dengan keadaan semasa yang berlaku di institusi itu.

Mahu menggalas tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, Rizalman yang merupakan alumni UiTM dalam jurusan fesyen pada 1989 hingga 1993 tidak mahu bertindak atau membuat keputusan tanpa mengetahui apa yang terjadi.

Terharu dapat sokongan.

“Alhamdulillah, sejujurnya saya terharu apabila mendapat sokongan yang sangat positif daripada pelajar, alumni UiTM serta orang ramai. Dalam fikiran saya, benda pertama yang akan saya buat selepas dilantik ialah untuk turun padang.

“Bukan sahaja pelajar, pensyarah dan pihak pengurusan, saya mahu bertemu dengan semua golongan termasuklah staf-staf sokongan mahal pekerja pembersihan. Mereka semua merupakan nadi utama untuk menggerakkan UiTM.

“Saya perlu peka dengan situasi semasa dan apa yang berlaku di institusi kesayangan ramai ini, barulah saya boleh membuat sebarang keputusan atau menyuntik sebarang idea. Saya tak mahu terus bertindak tanpa mengetahui apa yang jadi,” katanya.

View this post on Instagram

LIVE ucapan terima kasih 2pm

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Rizalman ditemubual menerusi sesi sidang media virtual bersama wartawan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Rizalman juga mahu menyuntik nilai tambah kepada graduan universiti terbabit, lebih-lebih lagi dalam bidang keusahawanan.

Harap dapat beri impak positif.

“Saya ingin menambah baik taraf semua siswazah supaya dapat menyemai jasa dan bakti dengan lebih holistik kepada masyarakat di luar sana.

“Pengalaman saya dalam bidang fesyen serta keusahawanan juga akan saya kongsikan kepada mereka agar dapat memberi impak positif, bukan sahaja untuk graduan UiTM tetapi ia juga akan memberikan kebaikan untuk semua orang,” katanya lagi.

Terdaulu, Rizalman dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM yang baru oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

ARTIKEL BERKAITAN: Ganti Vivy Yusof, Rizalman Ibrahim Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM… Tahniah!

Sebelum ini, usahawan popular pengasas FashionValet dan Duck Group, Datin Vivy Yusof pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM bermula pada 26 Mei 2019 sehingga 28 September 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Jun 2020
#LaguXTRA Thu, 20 Jul 2023
Events Sat, 26 Nov 2022

SFMM37: Wani Kayrie & Ahmad Syafiq Akan Terus Pikul Tugas Penyanyi Gantian Jika Bolos Ke AJL

Pasangan duet, Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq mahu terus memikul tugas sebagai penyanyi gantian sekiranya lagu ini mempunyai rezeki untuk ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37). Wani dan Syafiq membawakan lagu Berakhirlah Pencarianku […]

Trending Mon, 26 Feb 2018

Singaporean 5-Star Hotel Fulfils Tourist’s Super Strange Request

The award for Best Customer Service of the Year goes to Singapore Marriott Tang Plaza Hotel.

Featured Thu, 12 Jan 2023

‘This Is Ernie Zakri Showcase’ Berjaya Menambat Hati 200 Peminat Bertuah

Kelunakan dan lontaran vokal mantap Ernie memang tak dinafikan power! Looking forward for next concert berskala besar! Axiata kan? Janjiiii 🤣🤪

Hiburan Mon, 4 Sep 2023