Categories: Trending

Jangan Lupa Saksikan Siaran Secara Langsung Majlis Akad Nikah Mira Filzah & Wan Emir Astar Di TV3 Malam Ini!

Pelakon cantik molek, Mira Filzah akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair -il Anuar pada malam ini.

Majlis pernikahan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Bukit Kiara dan boleh disaksikan secara eksklusif oleh peminat-peminat beliau menerusi program MBuzz pada jam 9 malam ini di TV3 dan akan disiarkan selama 10 minit.

Manakala, siaran langsung majlis pernikahan beliau ini boleh disaksikan menerusi YoutubeTV3 Official pada jam 8.30 malam. Stay tuned!

Apapun, www.xtra.com.my mengucapkan tahniah dan semoga segalanya dipermudahkan buat Mira Filzah dan Wan Emir!

Salma Syahbuddin