Categories: Trending

Jangan Tenung Lama-Lama Matanya. Takut Anda Tak Tidur Malam, Seram!

Tidak seperti kebanyakan boneka atau patung, yang menjadi peneman saat mahu tidur atau yang dikendong ke mana saja, yang satu ini membangkitkan perasaan aneh.

Video dimuat naik oleh Daily Mail ini memperlihatkan sebuah patung menyerupai kanak-kanak lelaki lingkungan dua tahun yang cukup menyeramkan. Kalau tidak percaya perhatikan matanya tapi jangan terlalu lama taw bimbang tak tidur malam!

By the way, patung ini diletakkan di atas sebuah kubur. Saat kamera mengarah ke patung ini, tidak terlihat aneh pun.  Namun, ketika kamera bergerak ke sisi kiri dan kanan patung ini, matanya ikut bergerak.

Apabila video itu dimuat naik ke laman Youtube,  ramailah netizen yang membicarakan tentangnya. Mereka menganggap patung ini barangan mistik yang memang bergerak dengan sendirinya.

Renungan mata patung itupun sangat menyeramkan, sepertinya mahu membunuh anda. Kalau anda perasaan ada iras-iras patung Chucky, bezanya patung yang tidak bernama ini rambutnya halus seperti rambut bayi dan runcing di bahagian depan.

Anehnya sampai sekarang, ramai yang tak tahu di manakah lokasi patung ini dirakam. Cumanya kebanyakan netizen yakin patung ini berada di Brazil.

Mengulas serba-sedikit susuk patung ini, selain matanya yang menakutkan, giginya yang bertaring itu membuatkan ramai pihak yakin bahawa ia adalah patung bayi vampire. Apalagi, patung ini hadir dengan complete set, botol susu dengan cecair berwarna merah yang kelihatan seolah-olah darah.

Pakaian patung itupun diperbuat daripada kain putih ala-ala kain kapan. Disebabkan penampilan dan keadaannya yang menyeramkan patung ini digelarkan “The Doll of the Devil”. 

Sumber : today.line.me

Yanie Baharom