Categories: FeaturedTrending

Janna Nick Terima Ugutan Bunuh, Mohon Maaf Mengenai Isu Lisa Blackpink

Berhubung isu kontroversi melibatkan bintang K-POP, pelakon, Janna Nick harini memohon maaf kepada mana – mana pihak yang berkaitan.

Dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi, Janna Nick hadir bersama peguamnya, Ben Syazmin.

“Sebagai penerbit dan pengarah filem Delen, saya mengambil tanggungjawab dan memohon maaf kepada mana-mana pihak berkaitan mengenai isu melibatkan Lisa Blackpink”.

Lantaran isu tersebut, Janna mengakui telah menerima pelbagai ugutan di media sosial termasuk ugutan jenayah seperti ugutan bunuh.

Dalam pada itu, Janna turut mengambil tindakan dan melaporkan kepada pihak polis di bawah akta 506 kanun keseksaan yang membawa hukuman denda kepada pesalah laku.

Isnin lalu, Janna menjadi perdebatan hangat netizen di laman Twitter apabila sebuah video lamanya tular di media sosial yang dikatakan mempersedakan mendiang penyanyi K-Pop, Jong hyun serta komen yang ditinggalkannya mengenai Lisa Blackpink.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”