Categories: Trending

Jenazah Tidak Dimandikan, Hanya Tayammum- Cara Urus Mayat Pesakit COVID-19 Yang Beragama Islam Dan Bukan Islam

Berikutan kes kematian 2 rakyat tempatan akibat Coronavirus, Menteri Hal Ehwal Agama telah mengeluarkan kenyataan melibatkan prosedur menguruskan jenazah pesakit Coronavirus yang beragama Islam dan bukan Islam.

Menurut Datuk Dr Zulkifli Mohamad, jenazah mangsa COVID-19 hanya ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit ebola. 

Menerusi laman Twitter individu  bernama Hasrul Rizwan telah berkongsi cara pengurusan jenazah pesakit COVID-19 yang mengikut tatacara pesakit virus Ebola (EVD).

Dalam kenyataan lain, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata keseluruhan kes positif di Malaysia adalah 553 kes setakat 12 tengah hari.

Semoga kita semua dijauhi daripada penyakit berjangkit ini dan sama-sama kita bersikap proaktif dengan melakukan langkah pencegahan yang sepatutnya!

Sumber: Twitter Hasrul Rizwan

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”