Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 14, 2021 @ 3:00pm

Jom Semak Senarai Kategori Layak Buat Permohonan Rayuan BPR 2021

Bagi mereka yang gagal menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) jangan risau, pemohon yang tidak berjaya kini boleh mengemukakan permohonan rayuan bermula  15 hingga 30 Jun 2021 ini.

Oleh itu, jom semak senarai kategori yang layak untuk membuat permohonan rayuan BPR 2021.

Kategori Layak Membuat Rayuan

Terdapat hanya 2 kategori pemohon yang layak membuat rayuan BPR iaitu:

  1. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; atau
  2. Pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan, dan perubahan pendapatan sahaja.

Kod alasan tidak lulus & Dokumen Sokongan yang diperlukan

Bagi pemohon yang ingin membuat rayuan, mereka perlu menghantar dokumen sokongan berdasarkan kod alasan tidak lulus iaitu:

  1. MyKAD Pemohon – Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama/Nombor Pengenalan/Status Kewarganegaraan
  2. MyKAD/MyPR/MyKAS Pasangan – Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  3. MyKAD/MyKID Anak DAN  Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan status Kewarganegaraan) – Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  4. MyKAD/MyKID Anak DAN Sijil Lahir Anak Angkat (bagi pengesahan status Kewarganegaraan) – Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon/Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  5. Dokumen Pengenalan Pasangan – Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan
  6. Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) / Dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2020/2021 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas – Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
  7. Pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi tahun 2020/2021 – Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa
  8. Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. – Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/Pasangan melebihi RM5,000
  9. Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. – Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi RM2,500
  10. Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan kerana semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. – Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi
  11. Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021 ATAU Sijil Pendaftaran Perniagaan sekiranya tidak lulus disebabkan pemohon dan pasangan mempunyai perniagaan yang sama. – Pemohon/pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian
  12. Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, sekiranya pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari
    2021. – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti Terhad
  13. pemohon mempunyai sijil letak jawatan pengarah syarikat/tamat perniagaan yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perniagaan yang dinyatakan, dokumen letak jawatan/tamat perniagaan yang diterima untuk dimuatnaik atau dikemukakan adalah dalam tempoh sehingga 28 Februari 2021. – Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti Terhad

Bagaimanapun, untuk mengetahui dengan lebih terperinci senarai sebab dan sokongan yang diperlukan bolehlah hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau melayari laman web https://bpr.hasil.gov.my/ untuk mendapat maklumat lanjut.

Cara mohon rayuan BPR 2021

Untuk membuat permohonan rayuan BPR, terdapat 2 kaedah yang boleh dilakukan iaitu:

Secara Online

  • Layari portal rasmi BPR iaitu https://bpr.hasil.gov.my/.
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  • Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
  • Mohon rayuan dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

Penghantaran Borang Rayuan BPR

  • Borang Rayuan BPR 2021 boleh dihantar di Cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.

Tarikh Pembayaran

Pemohon yang berjaya dalam permohonan rayuan BPR akan menerima pembayaran BPR Tambahan dan BPR Fasa 3 pada Ogos 2021.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Tempoh Rayuan Bantuan BPR Dibuka Mulai 15 Jun Ini Sehingga…

 

Sumber  :LHDNM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 Mar 2019

Dengan #HeadScarfForHarmony, Laungan Azan Solat Jumaat Di Christchurch Dihadiri Ribuan Rakyat New Zealand

#HeadscarfforHarmony tanda solidariti tragedi tembakan Christchurch

Trending Fri, 27 Nov 2020
Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Puteri Khareeza Kembali Dengan Single Lumrah Cinta, Teruja Kolaborasi Bersama Syamel & Aepul Roza

Puteri Khareeza kembali menyerikan industri muzik tempatan dengan single terbaharunya berjudul Lumrah Cinta.

Selebriti Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Sun, 5 Dec 2021

Siti Nordiana, Iman Troye, Noraniza Idris & Bunga Antara 10 Terakhir Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 – Jom Semak SENARAI LENGKAP 30 Lagu Yang Layak!

Selepas 10 lagu pertama diumumkan pada 21 November lalu dan 10 lagi lagu diumumkan pada 28 November lepas, 10 lagu terakhir yang mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 diumumkan sebentar tadi. Berakhirlah sudah […]

Hiburan Wed, 13 Aug 2025

“Doakan Saya Dapat Anak Kembar” – Mimi Lana

Mimi Lana berharap dapat anak kembar

Hiburan Sun, 14 Dec 2025

Berlangsung Meriah, Festival Tarian Etnik Borneo 2025 Satukan Warisan & Generasi

Festival Tarian Etnik Borneo 2025 yang berlangsung dari 5 hingga 7 Disember lalu berjaya menghimpunkan kira-kira 500 penari, koreografer serta penggiat budaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Hiburan Fri, 27 Mar 2026

“Saya Punah & Hilang Kata-Kata” – Nourul Depp Mohon Doa Buat Abang Lawan Kanser Darah

Nourul berkata dia hanya mampu berserah dan memohon agar segala urusan dipermudahkan.

Featured Sun, 10 Nov 2024

Sanggup Turun Berat Badan Demi RM1 Juta, Qhalysa Bekas Protege Tomok Sedia Sahut Cabaran Calpis Soda OIAM

Qhalysa sedar bahawa dia perlu menurunkan berat badan selain menjaga fizikal dan vokalnya

error: Content is protected !!