Categories: Trending

Kacaknya Aiman Iskandar! Karakter AI Jadi Wajah Kempen Ramadan Raya Macam Dulu-Dulu 2024 TV3

Kempen Ramadan Raya Macam Dulu-Dulu 2024 TV3 telah memperkenalkan Aiman Iskandar atau AI sebagai salah seorang wajah kempen bersama selebriti terkenal Norlia Ghani dan Zamarul Hisham, pempengaruh Aqil Zulkiflee dan bintang cilik, Mika Safiya.

Menariknya, Aiman Iskandar yang merupakan watak kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence ini memeriahkan kempen Ramadan Raya Macam Dulu-Dulu 2024 TV3 dengan membaca Niat Puasa Harian, Doa Berbuka Puasa dan banyak lagi.

Dengan penampilan yang realistik, ia menarik golongan dewasa dan kanak-kanak untuk melihat kandungan yang disampaikan oleh Aiman Iskandar dan memudahkan juga penonton untuk membaca dan menghafal bacaan doa dan niat.

Nantikan pelbagai lagi content yang menarik dari Aiman Iskandar di Instagram dan Facebook TV3 Malaysia dan TikTok akaun Aiman Iskandar.

Nak tambah ilmu dan lebih hiburan? TV3 dan Tonton ada pelbagai rancangan yang menarik di sepanjang bulan Ramadan ini seperti Apa Nak Masak Ni?, Jom Berbuka, Oh Mummy! Tidak ketinggalan juga drama-drama seperti Iskandar Chempaka, Wanita Syurga, Lelaki Itu, dan banyak lagi!

Jangan lupa saksikan pelbagai rancangan menarik sepanjang Ramadan dan Raya ini di TV3 dan Tonton!

Padin