Categories: Trending

“Kalau Mati Mengejut Dan Tak Sempat Ganti Solat Macam Mana?”-Wanita Temui Cara Qada Solat Dalam Tanyalah Ustaz

Solat merupakan tiang agama dan menjadi salah satu rukun Islam buat seluruh kaum muslimin dan muslimat. Namun, sebagai manusia yang alpa dan khilaf kita tidak lari daripada meninggalkan solat. Tahukah anda? dosa buat umat Islam yang meninggalkan solat adalah sangat berat malah di akhirat kelak akan mendapat azab yang tidak terperi sakitnya. Nauzubillah..

Justeru, timbul persoalan oleh  seorang gadis yang dikenali dengan nama Shira bagaimana ingin menggantikan solat fardhu yang kita tinggalkan selama ini. Menerusi akaun Twitternya, gadis tersebut telah memuatnaik satu bebenang mengenai Qada Solat dan cara sebenar untuk menggantikan solat.

Temui cara sebenar Qada Solat Menerusi  Rancangan Tanyalah Ustaz

Gadis tersebut berkongsi bagaimana dia menemui jawapan dalam sebuah rancangan keagamaan di TV3 iaitu Tanyalah Ustaz. Menerusi rancangan yang dikendalikan oleh moderator Dai Annas dan tetamu jemputan Ustaz Jafri Abu Bakar.  Dalam rancangan itu Ustaz Jafri menjelaskan bahawa solat boleh diganti dengan melakukan perkara wajib sahaja seperti bacaan Al-Fatihah dan perlulah mengikut rukun dan tamakninah yang betul.

 

Racangan Tanyalah Ustaz akan bersiaran setiap hari mulai jam 6:30 pagi, rancangan ini akan mengupas mengenai pelbagai panduan, cara dan hukum hakam berkaitan agama. Korang boleh tonton video penuh di bawah untuk info lanjut. 

Semoga solat kita semua diterima oleh-Nya..

Sumber: Youtube Tanyalah Ustaz, Twitter 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”