Categories: Trending

Kata-Kata Semangat Dr. Noor Hisham Buat Frontliners Sentuh Hati Ramai Orang

Semenjak bermulanya penularan wabak, nama Datuk Dr. Noor Hisham semakin menjadi sebutan ramai.

Bermula dengan kisah kehidupan beliau yang susah sewaktu kecil sehingga kisah kejayaan beliau menjadi antara tiga doktor terbaik dunia. Pemilik nama Datuk Dr. Noor Hisham menjadi wajah wira negara ketika ini.

Baca artikel berkaitan: Dari Anak Flat Kini Beliau Sertai Saintis Dunia Perangi Covid-19. Semangat Juang Dr Noorhisham Sentuh Hati Netizen..

Saban hari, beliau hanya muncul di kaca televisyen untuk memberikan fakta buat rakyat Malaysia, namun status terbaru beliau di laman Twitter telah menarik perhatian ramai orang.

Kata-kata semangat buat Frontliners sentuh hati ramai

Menerusi laman Twitter, beliau telah memuat naik satu status yang menyentuh hati ramai orang.

“Kepada para pejuang barisan hadapan, kadangkala sesuatu perkara yang kita lakukan, tidak akan diingati oleh ramai orang, kadang satu kesilapan yang dilakukan, dan mereka tak akan lupa. Namun, apa yang lebih bermakna dalam hidup adalah apabila kita lebih banyak memberi daripada menerima. InshaAllah”

Perkongsian itu kini menerima ribuan ciapan daripada ramai orang. Rata-rata netizen berterima kasih dan terharu dengan kata-kata semangat yang diberikan.

Buat pejuang baris hadapan, terima kasih kerana rela berkorban masa dan tenaga hanya demi nilai ribuan nyawa manusia.

Selamat berpuasa dan salam setulus ikhlas.

Kredit: Twitter Dr.Noor Hisham

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”