Categories: Trending

“Kau Jangan Ikut Perasaan Yang Buat Kau Susah Hati” – Nasihat Zizan Untuk Alif Satar Buat Ramai Tersentuh

Semenjak pengacara dan penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu, ramai rakan artis tampil memberikan sokongan moral buat dirinya. 

Terbaru, pelawan Zizan Razak telah memuatnaik sebuah video menunjukkan beliau sedang menghubungi Alif menerusi video call.

Zizan dilihat cuba menenangkan Alif yang kini masih berada di Hospital dan memberikan kata-kata semangat buatnya. 

” Kau jangan ikut perasaan yang buat kau susah hati. Kadang-kadang perasaan tu yang buat kau lagi sakit. Aku nak kau okay je”, katanya.

Malah, Zizan turut menyeru orang ramai untuk menitipkan doa semoga Alif  kembali pulih seperti sedia kala. 

Rata-rata netizen yang melihat adegan itu terharu dengan persahabatan antara Zizan Razak dan Alif Satar. 

Apapun, kami di Xtra, sentiasa mendoakan yang terbaik buat Alif. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”