Categories: Trending

Kembali Sarung Cincin – Hubungan Neelofa & PU Riz Semakin Baik, Bakal Kongsi Maklumat Perkahwinan Dalam Masa Terdekat

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa, 31, mendedahkan hubungannya dengan pendakwah selebriti, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, semakin baik dan positif.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, hubungannya bersama Haris turut mengalami fasa naik turun.

Pada hujung tahun lalu, status hubungan Neelofa dan Haris menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial.

Puncanya terjadi apabila status yang dimuat naik oleh ahli keluarga Neelofa yang dilihat seakan menyindir seseorang serta foto-foto merisik yang telah dipadam di laman Instagram menguatkan lagi telahan orang ramai bahawa hubungan pasangan itu kini sudah berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perangai Sebenar Seseorang Akan Muncul..” – Timbul Pelbagai Spekulasi, Hubungan PU Riz & Neelofa Didakwa Berantakan?

ARTIKEL BERKAITAN: “Kononnya Terkena Buatan Minyak Pengasih, Cerita Itu…” – Nafi Dah Bernikah Dengan PU Riz, Neelofa Akhirnya Buka Mulut

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Kembali Sarung Cincin Merisik Di Jari, Hubungan Bersama PU Riz Telah Pulih?

“Alhamdulillah, antara kami berdua semuanya baik-baik dan positif. Apa yang terjadi baru-baru ini, banyak salah faham dan cerita yang tak berasas serta memburukkan keadaan. Pada ketika itu pun, antara kami berdua okay sahaja.

“Tipulah saya cakap kalau setiap hubungan itu tidak ada pahit manis dan naik turun. Saya bersama dia pun mengalami perkara yang sama sebelum ini. Ada masa yang tercetusnya salah faham, ada benda-benda yang mungkin mengganggu.

“Kami berdua berjaya untuk mengharungi cabaran terbabit dengan bantuan keluarga. Kami sendiri pun banyak berbincang dan berkomunikasi untuk selesaikan setiap masalah yang kami ada. Alhamdulillah, semuanya makin baik dan positif,” kata Neelofa.

Ketika ditanya mengenai perancangan untuk menuju ke fasa perkahwinan, Neelofa bakal berkongsi mengenai perkara terbabit tidak lama lagi.

“Untuk berkongsi mengenai benda-benda yang lebih serius itu, saya akan berkongsi kemudian. Untuk bercakap mengenai maklumat perkahwinan, saya akan kongsi dalam masa terdekat, Insya-Allah,” katanya.

Neelofa ditemu ramah ketika sesi siding media virtual pelancaran aplikasi TheNoor sebentar tadi.

Neelofa menerusi syarikat Noor Luminous Sdn. Bhd. melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana mereka iaitu TheNoor.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Perkenal Aplikasi Islamik, Ramai Peminat Teruja

Menariknya, aplikasi yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan ini turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apple App Store bermula hari ini.

Padin