Categories: Trending

KENAPA WANITA SUKAR DIFAHAMI?

Tinjauan rambang oleh team Xtra.com menyaksikan majoriti lelaki mengomel tentang teman wanita mereka. Rata-rata berpendapat wanita agak rumit untuk difahami. Ye ke?

Happy betul lelaki ini bila berjaya ‘merungkai’ kemahuan tunangnya!

Itu tak boleh, ini tak boleh…hish, cerewet bukan main! Wanita memang lebih teliti lebih-lebih lagi ketika membeli barang. Informasi menerusi buku The Female Brain memberitahu, wanita tiga kali lebih cerewet daripada lelaki.

Data juga menunjukkan wanita lebih banyak berbicara dalam sehari, dianggarkan 20,000 patah kata berbanding lelaki hanya 7,000 perkataan sahaja. Wow, bayangkan dalam dua puluh ribu perkataan tu, berapa banyak omelan teman wanita anda. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal, ini boleh memburukkan lagi keadaan!

Selain itu, kaum lelaki harus faham, wanita tidak berterus terang dan selalunya menggunakan pendekatan ‘berkias’. Seringkali, lelaki perlu berusaha memahami segala kehendak wanita. Di sinilah seringkali berlaku perselisihan. Lain yang dikehendaki, lain pula yang diberi.

Hurm, pening juga kalau macam ni gayanya…

Berlainan pula bagi seorang lelaki, mereka lebih suka menggunakan bahasa yang mudah dan berterus-terang. Hal ini menyebabkan apa yang ingin disampaikan oleh lelaki kepada wanita sukar untuk difahami sehingga menyebabkan hati wanita terluka kerana mereka tidak faham. Kesimpulannya, dalam memilih pasangan carilah yang ‘sekufu’ dan bercakap dalam ‘bahasa’ yang sama. Takde lah kamu pening kepala nanti, ye tak? Tepuk dada, tanya selera…

SGMS Faida