Categories: FeaturedTrending

Keputusan Total Lock Esok Ditentukan Berdasarkan Nasihat KKM – MKN

Negara hari ini mencatatkan kes tertinggi COVID-19 iaitu sebanyak 6,806 kes menjadikan ianya jumlah tertinggi pernah direkodkan di negara.

Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri keputusan untuk melaksanakan total lockdown akan ditentukan Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Negara (KKM)

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM akan membentang dan menasihatkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Selepas itu baru keputusan dan pengumuman dibuat,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sejak akhir -akhir ini terdapat ura ura bahawa kerajaan akan melaksanakan total lockdown namun perkara tersebut tidak dipersetujui ramai pihak kerana kemerosotan terhadap ekonomi.

Sumber: Sinar Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”