Sebuah kereta api penumpang dari Jakarta menuju ke Bogor, Indonesia, tergelincir menyebabkan 17 dilaporkan cedera setakat ini.
Kereta api itu tergelincir jam 10.15 pagi waktu Indonesia Barat, selepas melepasi stesyen Cilebut, kira-kira 10km dari Bogor.
Syarikat pengendali kereta api itu, PT Kereta Commuter Indonesia dalam satu kenyataan berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Salak Bogor.
“Jumlah penumpang belum diperoleh dan tiada laporan membabitkan warga asing setakat ini,” kata kenyataan itu.
Sumber : Bernama
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..