Categories: Trending

Kes Baru Positif Covid-19 Di Kelantan, Babitkan Wanita Mengandung Dianggap Satu Tragedi

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hishamuddin Hassan menganggap kejadian itu merupakan satu tragedi memandangkan sudah hampir sebulan negeri itu berada dalam zon hijau dan kini ianya automatik bertukar menjadi zon kuning.

Sumber : Google

“Ini adalah satu tragedi di Kelantan dan apa yang kita tahu seorang pembawa boleh menjangkiti 30 orang yang lain.

“Untuk periksa seorang demi seorang individu yang merentas negeri sudah pasti satu beban yang perlu ditanggung oleh kami sedangkan wabak itu dibawa dari negeri lain.

Tunggu keputusan kerajaan negeri

Sumber : Google

Tambahnya lagi, pihaknya akan mengadakan mesyuarat berhubung isu terbabit dan terpulang kepada kerajaan negeri untuk memutuskan sebarang perubahan membabitkan pemantauan di negeri itu.

Semalam, Kelantan kembali mencatatkan satu kes positif Covid-19 membabitkan seorang wanita mengandung yang kini sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Salma Syahbuddin