Categories: Trending

Kes Lelaki Cabul Budak Perempuan Di Kedai Runcit, Suspek Akhirnya Ditahan!

Video tular mengenai kes seorang budak perempuan yang dicabuli oleh seorang lelaki tidak dikenali di sebuah kedai berdekatan Country Heights, Rawang pada minggu lalu akhirnya terungkai.

Suspek dipercayai bekerja sebagai buruh binaan di sekitar kawasan tersebut. 

Suspek berusia 45 tahun, tiada dokumen sah

Suspek berusia dalam lingkungan 45 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Pihak polis turut merampas pakaian yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

Dalam kejadian minggu lalu, suspek melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam satu rakaman yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Mangsa ketika itu bersama adiknya yang masih kecil. 

Suspek dilihat mendekatkan dirinya dari arah belakang sebanyak dua kali sebelum mangsa bergegas keluar daripada kedai terbabit. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”