Trending By: Attiqah Mohd July 31, 2019 @ 1:56pm

Kes Pelajar UPNM, Hakim Perintah Tertuduh Bela Diri Dan Ini Reaksi Bapa Zulfarhan

Susulan kes pembunuhan Zulfarhan Osman, pelajar UPNM yang meninggal akibat diseterika oleh sekumpulan pelajar UPNM akhirnya terungkai pada hari ini.

Menerusi laporan dari Harian Metro, Hakim memerintahkan 18 tertuduh yang terlibat dalam kes itu membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Bapa Zufarhan Sujud Syukur

Keputusan yang diputuskan Hakim pada prosiding perbicaraan itu menyebabkan bapa kepada arwah Zulfarhan Osman tidak dapat menahan sebak dan terus melakukan sujud syukur di luar mahkamah. 

Muhammad Akmal Akif Alias bebas

Seorang pelajar UPNM iaitu Muhammad Akmal Akif Alias dilepaskan daripada tuduhan membunuh dan dibebaskan setelah didapati tidak bersalah dalam kes pembunuhan kejam itu, manakala lima lagi tertuduh utama iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri diperintahkan untuk membela diri oleh Hakim.

Abdoul Hakeem Mohd Ali juga diperintah membela diri atas tuduhan bersubahat.

Hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan

Kesemua tertuduh utama akan dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan akan dilanjutkan dan dimulakan pada 2 Oktober. Semoga tertuduh mendapat hukuman setimpal iaitu hukuman mandatori gantung sampai mati dan diharapkan keadilan buat Zulfarhan dapat ditegakkan. 

sumber:https://twitter.com/madhiamadani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Oct 2021

Pemuda Bertindak Menjual Diri Untuk Lari Dari Kemiskinan

Polis agama Islam di utara Nigeria telah menahan seorang lelaki yang menjual dirinya untuk melarikan diri dari kemiskinan. Aliyu Idris, 26, ditahan polis di Kano selepas ternampak gambarnya di media sosial memegang plakad menunjukkan dirinya

Featured Fri, 3 Mar 2023

Pipi Koyak Ditumbuk, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Bersuara – “Hiduplah Kau Dengan Bayang Aku Sampai Mati… Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Ini!”

‘Sekarang baru kau nak ukur kasih sayang buat anak-anak untuk backup diri jadi manusia lebih bagus’ – Shuhada

Featured Fri, 17 Feb 2023

“Perhatianmu Menyeru Rasa…” – Look At This, DOLLA Tidak Peduli Kata Orang Lain

Hidup bukan untuk puaskan hati orang.. Mantap lah lagu baru DOLLA

Trending Tue, 11 Dec 2018
Trending Mon, 24 Sep 2018

Mulai Januari 2019, Penyedut Minuman Plastik Diharamkan Di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan

Negara Taiwan dan Britain pun haramkan penggunaan penyedut minuman plastik.

Featured Wed, 22 Jun 2022

#WhazzupNetizen: Bantuan BKM Bujang Naik RM50, Sharifah Sakinah Berang Rambut Anak Diejek & Video Keselamatan MAS Dapat Banyak Reaksi

Segmen #WhazzupNetizen minggu ini! Alhamdulillah, syukur bantuan ditambah ☺️ Rambut anak Sharifah tu unik laaa 🤩 Haa, video keselamatan MAS siapa dah tengok? Meh komen sikit letopz ke tak? 🤩

Featured Tue, 14 Sep 2021

Memang Bahaya! Buat Pendedahan di Instagram, Caprice Dakwa Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh

Memang bahaya dan menakutkan! Semenjak terpalit dengan pelbagai isu kontroversi, penyanyi rap, Caprice mendedahkan dirinya berdepan dengan lebih 60 ugutan bunuh. Menurut Caprice, perkara terbabit diterima dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini. “Saya minta maaf

Hiburan Thu, 23 Sep 2021

“Harap Dia Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Saya & Orang Lain Yang Dianiaya… Tak Kisahlah Kita Pakai Baju Apa” – Caprice

Penyanyi rap dan usahawan, Caprice memohon agar individu yang sebelum ini menganiaya dirinya dan orang laun untuk memohon maaf. Tidak menyebut nama mana-mana individu, Caprice memuat naik tangkap layar artikel yang memaparkan fotonya bersama Ustaz

Hiburan Mon, 19 Sep 2022

‘Hilang’ Kuatkan Semangat Kaka Azraff

Best lagu baru Kaka Azraff!

| Live TV