Categories: Trending

Kes Pelajar UPNM, Hakim Perintah Tertuduh Bela Diri Dan Ini Reaksi Bapa Zulfarhan

Susulan kes pembunuhan Zulfarhan Osman, pelajar UPNM yang meninggal akibat diseterika oleh sekumpulan pelajar UPNM akhirnya terungkai pada hari ini.

Menerusi laporan dari Harian Metro, Hakim memerintahkan 18 tertuduh yang terlibat dalam kes itu membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Bapa Zufarhan Sujud Syukur

Keputusan yang diputuskan Hakim pada prosiding perbicaraan itu menyebabkan bapa kepada arwah Zulfarhan Osman tidak dapat menahan sebak dan terus melakukan sujud syukur di luar mahkamah. 

Muhammad Akmal Akif Alias bebas

Seorang pelajar UPNM iaitu Muhammad Akmal Akif Alias dilepaskan daripada tuduhan membunuh dan dibebaskan setelah didapati tidak bersalah dalam kes pembunuhan kejam itu, manakala lima lagi tertuduh utama iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri diperintahkan untuk membela diri oleh Hakim.

Abdoul Hakeem Mohd Ali juga diperintah membela diri atas tuduhan bersubahat.

Hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan

Kesemua tertuduh utama akan dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan akan dilanjutkan dan dimulakan pada 2 Oktober. Semoga tertuduh mendapat hukuman setimpal iaitu hukuman mandatori gantung sampai mati dan diharapkan keadilan buat Zulfarhan dapat ditegakkan. 

sumber:https://twitter.com/madhiamadani

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”