Categories: Trending

Kes Positif Covid-19 Di Melaka Tiada Kaitan Dengan Kluster Sivagangga

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menafikan terhadap satu kes positif Covid-19 yang dikaitkan dengan kluster Sivagangga yang berasal dari Napoh, Jitra Kedah.

Masih dalam siasatan

Menurut pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata punca sebenar kes positif tersebut masih dalam siasatan dan semua kontak rapat kes tersebut masih menjalani saringan.

Bagaimanapun, mereka yang terlibat masih diarahkan menjalani perintah kuarantin di rumah. Justeru itu, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat palsu atau berita tidak sahih susulan kandungan yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp.

Terdahulu, tular dalam aplikasi berkenaan kononnya ada wanita berusia 33 tahun dirawat di sebuah hospital swasta di bandar raya ini kerana positif Covid-19 dan ia ada kaitan dengan kluster Sivagangga.

“Kandungan dalam pesanan ringkas yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp itu tidak benar dan ia dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab,”  Katanya.

Berdasarkan pesanan ringkas berkenaan, wanita terbabit kononnya baru balik dari Kedah dan keluarganya mempunyai kontak rapat dengan kluster berkenaan.

Melaka catat 1 kes positif

Walau bagaimanapun, Melaka kembali mencatatkan satu kes positif Covid-19 di mukim Ayer Molek pada Isnin.

Selain itu, carta pergerakan kes 14 hari menunjukkan, daerah Melaka Tengah kini kembali ke zon kuning berikutan kes berkenaan. Manakala, daerah Alor Gajah dan Jasin masih berada dalam zon hijau.

Salma Syahbuddin