Categories: Trending

KFC Lancarkan Burger Zinger Waffle Burger, Nampak Menarik!

Inovatif betul KFC ini, kan? Macam-macam idea mereka ada untuk produk mereka, terutama sekali burger mereka yang paling disukai ramai, Zinger.

Salah satu variasi yang orang sering sebut-sebut dulu adalah Zinger Cheezilla di mana patty keju mozzarella diselitkan sekali dengan filet ayam Hot & Spicy. Fuuhh, gabungannya terangkat!

Kombinasi paling terbaru di KFC dipanggil Zinger Waffle Burger. Yep, ia sama seperti apa yang anda bayangkan.

Daripada roti bun biasa, kepingan ayam Zinger yang rangup dan pedas ini diapit oleh dua keping Belgian waffle yang empuk. Lepas itu, maple syrup dan sos mayo KFC dicurahkan di atas filet Zinger untuk mencetuskan gabungan rasa manis-manis-pedas. 

Okay, dari segi rupa, anda dah boleh bayangkan. Rasanya pula bagaimana? Ayam Zinger itu kita dah tahu sedap, tapi waffle tu bagaimanalah rasanya? Lembut macam roti atau terlalu tebal sampai rasa muak bila makan?

Hmm… nampaknya kena cubalah untuk tahu sendiri! Apa-apa pun, jika anda inginkan kelainan terhadap burger Zinger, KFC ada tawaran unik untuk anda.

KFC Zinger Waffle Burger dijual secara à la carte bermula daripada RM13.50. Hidangan kombo pula datang dengan kentang dan Pepsi Black.

Untuk pengetahuan anda, hidangan terhad ini juga ditawarkan dalam bentuk Mega Box di mana ia datang dengan seketul ayam Hot & Spicy atau Original Recipe.

Paling penting, Zinger Waffle Burger ini boleh didapati menerusi delivery atau di semua restoran KFC di seluruh Malaysia bermula hari ini!

Kalau teringin, cepat-cepat pergi beli sebelum kehabisan stok!

Sumber: The Vocket

Ad Ops