Categories: Trending

Kilafairy Enggan Rancang Soal Jodoh

Penyanyi dan pelakon Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, 29, enggan merancang soal jodoh.

Mengaku sudah mempunyai kekasih hati, Kilafairy telah mengenali lelaki ini selama 10 tahun.

“Hal sebegini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula.

“Saya pun tak tahu sama ada tarikhnya akan berlangsung bila. Saya lebih suka mengikut arus, go with the flow,” katanya.

Berbicara mengenai soal kerjaya seni, Kilafairy bakal mengeluarkan single terbaru.

“Setakat ini single genre pop itu berjudul Ratu. Namun tajuk sebenarnya masih belum pasti dan masih dalam perbincangan.

“Ia diuruskan oleh pengurusan saya. Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain,” katanya lagi.

Berbicara mengenai soal kelangsungan hidup ketika COVID-19 melanda, Kilafairy yang kini menjalinkan kerjasama dengan produk kecantikan UFORA menerusi lipmatte UFORA x KILAFAIRY prihatin dengan keadaan semasa di mana ramai individu hilang pekerjaan akibat pandemik.

“Kerjasama ini membuahkan idea saya dan pengasas jenama ini, Supia Saupi untuk memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal.

“Produknya bagus dan sudah pasti saya telah mencuba lipmatte itu terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk bekerjasama, harganya juga berpatutan, cuma RM35 sahaja.

“Jadi, kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit.

“Mereka yang terkesan boleh mencubanya kerana saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji,” katanya lagi.

Padin