Categories: Kisah ViralTrending

Berang Tak Diberi Duit, Kakak Dedah Bapa Guna Gaji Asif Suhaimi Untuk Berjudi & Beli Dadah?

Baru-baru ini, kakak kepada pempengaruh popular Asif Suhaimi, Siti Nurul Atina membuat pendedahan bahawa bapanya menggunakan duit hasil kerja remaja itu untuk kegunaan yang tidak baik.

Menerusi pendedahannya di akaun Facebook, Atina menyatakan bapanya menggunakan gaji Asif untuk berjudi dan membeli bahan terlarang.

Bukan itu sahaja, Atina mendakwa bahawa anak-anak juga perlu melangsaikan hutangnya yang dipinjam dengan Ah Long.

Malah, Atina berkata dia mempunyai bukti yang kukuh mendakwa bapanya itu berjudi dan mengambil barang terlarang di hadapan Asif.

Walaubagaimanapun, Atina memaklumkan dia bukan berniat untuk membuka aib bapanya namun perkara ini keterlaluan apabila ada yang memfitnah dirinya menggunakan gaji Asif.

Atiqah Johari