Kisah Viral By: Khairil Khusyairi March 26, 2024 @ 3:34pm

Bomba Siasat Influencer Ingkar Arahan Ketika Premis Terbakar – “Boleh Buat Content Tapi…”

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan siasatan terhadap seorang pempengaruh yang juga pemilik butik berikutan tindakan melanggar arahan apabila dia masuk ke dalam butik pakaiannya yang terbakar di Bandar Baru Bangi, Kajang pada Sabtu.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah JBPM Kedah, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, beliau juga telah mengarahkan supaya siasatan dilakukan terhadap kandungan TikTok dimuat naik pempengaruh tersebut.

Beliau berkata, pemilik terbabit telah melanggar arahan dengan masuk ke dalam butik meskipun pegawai bomba telah cuba menghalang lelaki itu dari masuk ke dalam premis.

“Dari segi keselamatan yang saya bimbang, kita tengok bomba memakai alat Pernafasan atau Breathing Apparatus (BA) sebab kita tahu bahawa bukan senang nak masuk kawasan yang ada asap.

“Tetapi apabila mereka masuk itu (ia) menyebabkan (risiko) satunya kepada keselamatan mereka.

“Prinsip utama kita apabila kita respons kepada kebakaran adalah kita cuba menyelamatkan nyawa,” katanya.

Nor Hisham menjelaskan, pihak bomba akan cuba menyelamatkan nyawa sekiranya ada penghuni dalam premis terbabit.

“Keduanya, adalah nyawa orang awam.

“Jikalau yang tidak ada dalam (premis) jangan masuk supaya kita tak terkorban. Ketiga, nyawa responden sendiri.

“Jadi dalam konteks ini, kita punya keutamaan kedua itu, dia (pempengaruh) langgar,” jelasnya.

Sehubungan itu, Nor Hisham memaklumkan, JBPM akan melakukan siasatan menyeluruh termasuklah dari aspek perundangan.

“Dari segi perundangan, kita akan melihat dua, tiga sudut tetapi satu sudut itu adalah bagaimana dia ingkar kepada perintah kita.

“Keduanya, dia menghalang keberkesanan kita melawan kebakaran itu,” ujarnya.

Beliau berkata, pempengaruh boleh memuat naik sebarang kandungan namun ia tidak sepatutnya sehingga boleh mengancam nyawa.

“Dia boleh buat content tapi jangan sampai mengancam nyawa.
“Keduanya ialah dia jangan sampai mengacau kelancaran melawan api.

“Sebagai contohnya dia masuk dalam premis itu dia buka pintu kan, sepatutnya jangan buka dan biar sahaja (supaya) kita lawan api,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pemilik butik terbabit memuat naik satu klip video berdurasi 46 saat di TikTok ketika berlaku kebakaran.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Fri, 9 Jun 2023
Replicated Draft Thu, 18 May 2023

Beras Jati Sambut Ulang Tahun Ke-30, Cipta Rekod Hasilkan 3 Tan Beras Untuk Disumbangkan

Jenama beras terkemuka Jati, baru-baru ni menyambut ulang tahun ke-30 mereka. Haa.. Siapa tak tahu beras Jati kan? Jenama beras ni dah sinonim sangat dengan kita orang Malaysia yang wajib makan nasi hari-hari. Bagi meraikan […]

Contest Mon, 8 Apr 2019

#xtraGiveaway: Win Two Tickets to Meet and Greet Hyolyn in Kuala Lumpur

Not only will you get to see her, you’ll get to party with her too, California style!

Featured Thu, 3 Nov 2022

[VIDEO] Buat Trend Swipe, Elyana Dikecam!

Fuhh, rancaknya Elyana 🥵

Fab Foodies! Thu, 9 May 2019
Hiburan Wed, 15 Dec 2021

“Bukan Semua Lagu Sedih Ada Kaitan Dengan Saya” – 12 Tahun Galas Status Ibu Tunggal, Rossa Serahkan Urusan Jodoh Kepada…

Penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 43, menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT. Lebih 12 tahun menggalas status ibu tunggal, Rossa mengakui perkahwinan bukanlah keutamaan untuk dirinya. “Keutamaan […]

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Joe Jackson Meninggal Dunia

Wakil keluarga Jackson iaitu Carlos Reyes memberitahu Joe meninggal dunia disebabkan penyakit kanser pankreas pada tahap akhir.