“Budak Tu Elok Je Dok Guling, Sekali…” – Video Anjing Kejar Budak Viral Di Tiktok

Sebuah klip video memaparkan seekor anjing jenis Corgi yang tidak diikat dengan tali berlari ke arah seorang budak perempuan viral di aplikasi TikTok.

Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @queeniejasia, berkongsi mengenai seekor anjing yang tidak diikat tali oleh pemilik anjing itu di kawasan terbuka.

@queeniejasia

Budak tu elok je dok guling sekali anjing datang😂😂😂 Kesian tapi kelakar la pulak🤣 #1stfyp #fyp

♬ original sound – Queen. – Queen.

Lebih mengejutkan apabila seorang budak perempuan yang beragama Islam tidak melarikan diri apabila anjing itu lari kearahnya dan naik di atas belakang budak itu.

Malah, budak perempuan tersebut tahu bagaimana untuk mengawal keadaan.

“Budak tu elok je dok guling, sekali anjing datang. Kesian tapi kelakar la pulak,” tulis kapsyennya dalam video.

“Anjing tu nak manja-manja gurau” – Netizen

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen positif terhadap anjing yang tidak diikat tali itu kerana ramai beranggapan anjing itu hanya ingin bermain dengan budak perempuan itu.

“Comel pulak saya tengok anjing itu”

Walaubagaimanapun, ramai orang tidak menyalahkan anjing jenis Corgi itu kerana anjing itu terlalu comel dan dikatakan sebagai simbol kebaikan.

Perkongsian video itu telah meraih lebih 2.4 juta tontonan dan 163,700 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Marcella