Impian Bangku Sekolah Tercapai, Hannah Yeoh Berpeluang Jadi Penyampai Berita

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang menjadi pembaca berita untuk satu program di salah sebuah stesen televisyen.

@hannahyeohmp Impian zaman muda saya semasa di sekolah #Hanayo #dream #astroarena ♬ original sound – hannahyeoh

Video tersebut telah dimuat naik oleh Yeoh sendiri di laman TikTok telah meraih perhatian warganet.

Menurut Yeoh, menjadi pembaca berita adalah salah satu impiannya sejak berada di bangku sekolah.

“Penampilan khas 13 saat sebagai penyampai berita (cita-cita dahulu) di Astro Arena selepas program khas di sana,” tulis Yeoh.

Menelusuri ruangan komen, wargamaya memuji cara Yeoh sebagai pembaca berita dan ada juga warganet yang memberitahu Yeoh membuatkan mereka teringat dengan guru berbangsa Cina ketika di sekolah dahulu.

“Yesss, menjadi YB. Saya tengok berulang-ulang.

“Teringat cikgu kelas saya dulu masa SJK(C), terbaik YB.

“Fuhhh bahasa dia, lancar kalah pembaca berita. Teruskan YB,” komen netizen.

Halimey Zamal