Kisah Viral By: Atiqah Johari September 13, 2023 @ 8:57pm

Isu Ganggu Rumah Tangga, Umisya Boleh Saman Marissa Dania Jika Masih Isteri Aslam

Sejak kebelakangan ini, kontroversi mengenai anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim menjadi bualan hangat di media sosial ekoran didakwa menjadi orang ketiga dalam perkahwinan individu yang dikenali sebagai Umisya dan Aslam.

Susulan itu, memetik laporan mStar, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan bahawa Umisya boleh memfailkan saman terhadap Marissa jika memiliki bukti kukuh mengenai konflik ini.

Namun begitu, tindakan sebegitu hanya boleh dilakukan ketika Umisya dan Aslam masih bergelar suami isteri yang sah sebagai usaha menyelamatkan rumah tangga daripada gangguan orang ketiga.

“Kalau nak ambil tindakan terhadap orang ketiga ini sebenarnya boleh dibuat ketika (pasangan) masih dalam perkahwinan seperti mana tindakan pelakon Puteri Sarah Liyana ambil sebelum ini.

“Semasa berkahwin ada beberapa pilihan, tapi kalau sudah bercerai, dia kena tahu tindakan apa yang ingin diambil untuk pihak ketiga itu.

“Selepas itu baru dia boleh buat laporan ke pihak pejabat agama terdekat untuk lakukan siasatan,” jelasnya kepada mStar.

Sebelum ini, Umisya mendedahkan kecurangan suaminya bersama Marissa beserta bukti-bukti menerusi platform media sosialnya.

Artikel Berkaitan: Baru Berusia 18 Tahun, Anak Pasangan Artis Terkenal Dengan Imej Muslimah Didakwa Jadi Penyondol… Siap Check-In Di Hotel?

Artikel Berkaitan: Isu Anak Artis Berusia 18 Tahun Didakwa Jadi Orang Ketiga… Kakak Mangsa Tampil Beri Bukti Rakaman Audio! Dakwa Penyondol Pernah Bersumpah, Siap Junjung al-Quran

Artikel Berkaitan: “Memang Sedap Menuding Jari, Bersangka-Sangka! Komen Dulu, Cari Pahala” – Anak Perempuan Dilabel Penyondol, Abby Abadi Tampil ‘Buka Mulut’

Walaubagaimanapun, kata Akberdin, pendedahan yang dibuat Umisya tidak akan menjejaskan jika dia ingin menuntut hak sepencarian dan hadanah bagi dua anak mereka.

Tambahnya, setiap kes adalah berbeza dan bergantung kepada keputusan mahkamah selepas perbicaraan.

“Apa dilakukan bekas isteri bukan satu rekaan yang bertujuan memalukan sehingga berlakunya penceraian.

“Kalau apa didakwa bekas isteri itu benar, ia tidak akan menjejaskan tuntutan harta sepencarian atau hadanah (hak penjagaan anak-anak),” ujarnya.

Sekadar makluman, Akberdin ialah seorang peguam syarie berpengalaman dan pernah mengendali kes penceraian selebriti seperti Puteri Sarah Liyana.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 Apr 2022
Trending Tue, 30 Mar 2021

Tonton Drama Bersiri ‘Shah Alam 40000’ Secara Awal & Eksklusif Di…

Peminat drama tempatan kini boleh menarik nafas lega apabila peneraju khidmat penstriman terbesar, iQiyi International, dan produksi serta pengedar kandungan tempatan terulung, Primeworks Studios, mengumumkan tayangan perdana drama bersiri Shah Alam 40000, yang ditayangkan secara […]

Kisah Viral Thu, 4 Jan 2024
Trending Tue, 5 Jan 2021
Trending Wed, 31 Mar 2021
Featured Thu, 8 Jun 2023
Featured Mon, 15 May 2023

Mengajar Semasa PKP, Shazabae Kongsi Cabaran Jadi Pensyarah – “Garang Tetap Garang Tapi…”

Min setuju dengan Shaza! Zaman ni semua orang pandai, tapi takkan nak book smart je kan?