“Kami Tak Mahu Menghebahkan” – Rupanya Najwa Latif & Suami Sudah Bertunang Jun Lalu

Pasti ramai yang masih terkejut akan berita penyanyi Najwa Latif yang selamat diijabkabulkan bersama pasangan hatinya, Akwa Ariffin, semalam.

Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna YouTube, Aidil Dbahri atau aidilsk8, Najwa atau mesra dipanggil Wawa mendedahkan dirinya sudah bertunang pada bulan Jun tahun ini.

Walaubagaimanapun, Wawa dan pasangannya itu tidak mahu menghebahkan majlis pertunangan dan cukup hanya keluarga mereka sahaja yang mengetahui.

“Sebenarnya kami dah bertunang bulan Jun tahun ini, tapi cuma bila fasa bertunang ini dinasihatkan untuk kita tidak hebahkan sangat so memang kami keep it to our family je,” katanya.

Tambahnya, sewaktu berkolaborasi dahulu menerusi lagu Tak Kisah Pun, dia dan pasangannya itu mempunyai perasaan akan satu sama lain namun mereka lebih memilih untuk tidak memberitahu kepada umum.

“Sebenarnya waktu kami berkolaborasi dulu itu, saya suka Akwa dan Akwa suka saya tapi kami tak cakap apa-apa.

“Kami memang keep it profesional sebab takut kalau apa-apa jadi atau confess tak jadi nanti malu pulak kan nak kerja sama-sama.

“Bagi fasa kerja habis dulu barulah kami decide untuk teruskan hubungan,” kata Akwa.

Artikel Berkaitan:“Terkejut! Cinta Muka Buku Kita Dah Off Market!” – Peminat Teruja Najwa Latif Dah Kahwin Dengan Akwa Ariffin

 

Sumber: YouTube aidilsk8

Dharnieya Nur Amelsa