Kejam! Selepas Kepala Dijumpai Dalam Periuk Sup, Kini Lengan Abby Choi Pula Belum Ditemui

Selepas polis berjaya menemui kepala model dan selebriti media sosial Hong Kong, Abby Choi, dalam salah satu periuk sup di sebuah rumah di Kampung Lung Mei, di daerah Tai Po, kini pakar forensik dalam usaha mencari lengan mangsa pula.

Menurut pakar forensik, bekas suami bersama abang dan ibu bapanya sudah ditahan berkaitan dengan pembunuhan itu.

Menurut laporan portal berita HK01, polis turut menemui pengisar daging, gergaji elektrik, dan sebuah beg tangan milik Abby selain dua kaki wanita itu dalam peti sejuk.

 

Dilaporkan, ketika polis membuat serbuan, periuk tersebut dipenuhi dengan daging cincang, beserta tisu manusia selain menemui kepala mangsa bersama tulang rusuk dalam keadaan rambut mangsa tidak lagi melekat pada tengkorak tersebut.

Bagaimanapun, lengan dan anggota badan mangsa dilaporkan masih hilang dan pihak polis masih meneruskan pencarian untuk anggota badan yang lain.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, nama Abby Choi kekal menjadi sohor kini di laman sosial Twitter sejak kes pembunuhan kejam melibatkan pempengaruh itu tular.

 

 

Sumber: Berita Harian, Twitter

Salma Syahbuddin