“Langkah London?” – Ismail Sabri Perli Netizen Dedah Bercuti Di UAE Bersama Keluarga

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Sri Ismail Sabri meluahkan rasa kesal apabila difitnah terlibat dalam  gerakan rahsia ‘Langkah London’ untuk menjatuhkan tampuk pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Terbaharu, Ismail Sabri memuat naik satu hantaran di Instagram, memaparkan dia sedang bercuti di United Arab Emirates (UAE) bersama keluarga.

“Langkah London?

“Ini namanya langkah keluarga di Dubai. Dubai tu di UAE bukan London.

“Kalau di London tentu kami dah beku kesejukan sebab London tengah musim sejuk,” tulis Ismail.

Sementara itu, beliau mengakui dirinya lebih tenang bersama keluarga tanpa perlu memikirkan urusan politik tanah air.

“Lapang kepala, tak serabut dengan masalah politik.

“Tak serabut dengan masalah kerajaan dan paling penting ada cucu yang menjadi penghibur,” tulisnya lagi.

Menelusuri ruangan komen, warganet meluahkan rasa gembira melihat Ismail Sabri bersama keluarganya dan ada juga yang memuji kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri sewaktu memegang tampuk pemerintahan negara.

“Ex PM yang buat kerja dengan baik sekali.

“Kami suka datuk sebagai PM kami, paling cool.

“Alhamdulillah, rehat lah dulu. Terbaik Ex PM selalu merendah diri dan tak tamak pangkat,” komen netizen.

 

Halimey Zamal