Rider Pelik Pelanggan Tak Suruh Naik Hantar Makanan, Rupanya Ambil Makanan Pakai Baldi!

Dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing di negara ini, cara terbaik ialah rakyat bertindak bijak dengan mendisiplinkan diri bagi mematuhi arahan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Begitu juga dengan situasi seorang pelanggan yang memesan makanan menerusi khidmat penghantaran yang menggunakan cara kreatif untuk mengambilnya sehingga menarik perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @anasmansor99, dia berkongsi mengenai tindakan pelanggan yang mencuit hati apabila tidak membenarkan lelaki itu menghantar makanan ke rumahnya.

@anasmansor99

Jauhi covid, dekati saya 🤭 #foodpandamalaysia

♬ original sound – Abang Panda – Abang Panda

Menurut @anasmansor99, pada awalnya dia pelik kerana tidak boleh naik ke atas dan pelanggan sendiri tidak mahu turun untuk mengambilnya.

Namun, apabila melihat ada baldi diturunkan, lelaki itu terpegun bercampur kagum dengan cara yang digunakan.

“Ada seorang pelanggan cakap rumah dia dekat atas sekali, tapi dia kata tidak mahu turun.

“Saya hendak naik untuk hantar makanan pun dia tidak mahu. Rupanya dia guna baldi.

“Alhamdulillah, senang berurusan macam ini,” katanya dalam video itu.

“Boleh guna cara ini kalau malas turun” – Netizen

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan tindakan pelanggan yang menggunakan baldi dan mengatakan dia sangat kreatif.

Perkongsian video itu telah meraih lebih 1.5 juta tontonan dan 224,100 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Marcella