Kisah Viral By: Salma Syahbuddin October 4, 2021 @ 5:15pm

“Saya Tak Mahu Sahabat Semua Melakukan Dosa Fitnah!” – Didakwa Dalang Sebar Video L*cah, Firdaus Wong Tampil Beri Keterangan

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil memberi keterangan dan membuat laporan polis selepas didakwa kononnya beliau adalah dalang disebalik penyebaran foto dan video lucah yang dikatakan membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Menerusi kenyataan di laman Facebook, Firdaus yang mesra dengan panggilan Bro Firdaus menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengenai beliau adalah pemilik akaun Telegram yang tular.

“Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas dan pemilik saluran Telegram yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut!

“Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini https://t.me/brofirdauswong & menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video & gambar lucah,” tulisnya.

“Saya tidak akan berdiam diri sekiranya difitnah!”

Firdaus juga menegaskan akan memaafkan mana-mana individu yang melemparkan kata-kata cacian terhadapnya namun, itu bukan syarat untuk berdiam diri sekiranya beliau difitnah.

“Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah.

“Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, Firdaus Wong dalam satu kenyataannya menerusi program Sembang Viral, TV9 memaklumkan tidak timbul sebarang isu hasad dengki terhadap pendakwah terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 May 2022

“Saya Sangat Kagum Dengan Bakatnya…” – Ellie Suriaty Tidak Ada Masalah Untuk Bekerjasama Dengan Bekas Suami

Ellie Suriaty tiada masalah untuk bekerjasama dengan bekas suami pada masa akan datang.

Automobile Fri, 17 Aug 2018

Menteri Pengangkutan Umum Saman AES Dibatalkan

Bagi saman AES yang sudah dibayar, Siew Fook berkata, jumlah bayaran tidak akan dikembalikan kerana kerajaan tidak mampu untuk membuat pembayaran balik.

LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019
Featured Tue, 25 Oct 2022